Pertubuhan Primadona Prihatin telah ditubuhkan pada bulan April 2025 dengan objektif khusus untuk membantu umat Islam dalam penyediaan kelengkapan pengurusan jenazah, khususnya kepada golongan yang memerlukan.Penubuhan awal pertubuhan ini telah disokong sepenuhnya oleh Donna Haramain Sdn. Bhd., yang merupakan penaja utama dari segi sumber logistik, kewangan dan sumber manusia.
Bagi memastikan kelangsungan awal gerak kerja kebajikan yang menyeluruh, Donna Haramain telah dilantik sebagai pembekal rasmi melalui kontrak perkhidmatan yang terhad kepada keperluan pengurusan jenazah. Semua proses pelantikan, pembelian dan pembayaran telah dibuat berdasarkan dokumentasi dan prosedur yang direkodkan, termasuk pemisahan tanggungjawab antara entiti korporat dan pertubuhan. Komitmen kami adalah ke arah ketelusan, pematuhan undang-undang, dan integriti dalam semua urus niaga.
Inspirasi penubuhan ini bermula apabila kami menyedari terdapat kekurangan set pengurusan jenazah di hospital dan masjid, terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf, anak yatim, individu tanpa keluarga, dan mereka yang menghadapi kesulitan hidup. Situasi ini mendorong kami untuk mengambil inisiatif menyediakan kelengkapan jenazah secara percuma kepada mereka yang memerlukan, agar setiap urusan pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut tuntutan syariah.
Dengan keprihatinan dan sokongan daripada orang ramai, kami berusaha untuk meringankan beban masyarakat dan memastikan tiada insan yang diabaikan dalam saat-saat akhir kehidupan mereka. Kami percaya bahawa dengan usaha kecil ini, kita dapat membina masyarakat yang lebih penyayang, prihatin, dan bersatu padu.
Harapan kami adalah untuk terus menjadi jambatan kasih sayang dalam membantu mereka yang memerlukan, sekaligus memberikan sumbangan bermakna kepada komuniti Islam di Malaysia. Bersama-sama, mari kita hulurkan bantuan dan jadikan setiap amalan sebagai bekalan akhirat.
Menyediakan dan mengagihkan set kelengkapan pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan asnaf, anak yatim, individu tanpa keluarga, dan mereka yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.
Set ini merangkumi keperluan asas seperti kain kafan, sabun, kapas, dan peralatan lain yang diperlukan untuk pengurusan jenazah.
Membantu dalam pengurusan jenazah di hospital, masjid, dan bagi mereka yang tiada keluarga atau waris, memastikan setiap urusan dijalankan mengikut syariat Islam.
Kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat untuk memastikan proses pengurusan berjalan lancar dan penuh hormat.









"Inisiatif ini benar-benar meringankan beban masyarakat. Terima kasih kerana membantu mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengira latar belakang."
"Saya sangat bersyukur kerana adanya organisasi seperti ini yang begitu prihatin terhadap keperluan masyarakat, khususnya dalam membantu asnaf dan anak yatim."
Pertubuhan Primadona Prihatin
Lot No 8, Bangunan Kedai Taman Takwa,
Jalan Langgar, Kota Setar,
05450 Alor Setar Kedah
ยฉ 2025 Pertubuhan Primadona Prihatin. Hak Cipta Terpelihara
"Alhamdulillah, bantuan dari Pertubuhan Primadona Prihatin sangat bermakna buat keluarga kami. Mereka hadir tepat pada masanya ketika kami memerlukan kelengkapan pengurusan jenazah."